Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

Saturday, April 3, 2010

Tema sayur sayuran





Pada minggu ini, saya mengajar Tema Sayur-sayuran.Saya mahu anak-anak murid saya melakukan teknik capan menggunakan sayur-sayuran seperti bendi,ubi kentang,bawang dan peria.Nasib baik ibu bapa anak-anak murid saya memberi kerjasama yang baik dalam proses p&p.Anak-anak murid saya membawa pelbagai jenis sayur-sayuran yang boleh digunakan dalam Tunjang Kreativiti dan Estetika. Murid-murid saya sungguh seronok kerana dapat menimba pengalaman baru. Mereka begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam menyiapkan tugasan. Saya amat bernasib baik kerana PPM saya telah menyediakan bahan-bahan pada hari sebelum aktiviti dijalankan.

No comments:

Post a Comment