Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

Wednesday, April 28, 2010

Majlis Penyampaian Sijil Tamat Prasekolah.

Acara pakaian beragam telah disertai oleh murid-murid prasekolah dalam majlis anugerah kecemerlangan 2009.Murid pra sangat seronok dan gembira dapat menjayakan majlis ini. Pihak sekolah mengucapkan bebanyak terima kasih kepada sumbangan yang telah diberikan samada secara langsung atau tidak langsung.

Sunday, April 4, 2010

Kejohanan sukan Tahunan SK(P)Bukit Kuda Kali ke 28



Tanggal 12 Mac 2010 telah berlangsungnya Kejohanan Sukan Tahunan yang turut melibatkan anak-anak murid prasekolah. Di antara acara yang disertai ialah Lari 75m (Lelaki )5 &6 Tahun dan Lari 75m (Perempuan)5&6 tahun. Murid-murid juga terlibat dengan acara Perbarisan Lintas Hormat. Sukan ini telah diadakan di padang Sk Bukit Kuda,Klang.

KONVOKESYEN PRASEKOLAH


Pada tahun 2008 majlis Penyampaian hadiah dan sijil murid-murid prasekolah di adakan di Dewan SK(P)Bukit Kuda. Majlis telah disempurnakan oleh Guru Besar Sk(P)Bukit Kuda iaitu Pn. Hjh. Hamidah Bt. Mohamad Dali. Seramai 37 orang murid -murid prasekolah menerima sijil tamat Prasekolah.

Saturday, April 3, 2010

Tema sayur sayuran





Pada minggu ini, saya mengajar Tema Sayur-sayuran.Saya mahu anak-anak murid saya melakukan teknik capan menggunakan sayur-sayuran seperti bendi,ubi kentang,bawang dan peria.Nasib baik ibu bapa anak-anak murid saya memberi kerjasama yang baik dalam proses p&p.Anak-anak murid saya membawa pelbagai jenis sayur-sayuran yang boleh digunakan dalam Tunjang Kreativiti dan Estetika. Murid-murid saya sungguh seronok kerana dapat menimba pengalaman baru. Mereka begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam menyiapkan tugasan. Saya amat bernasib baik kerana PPM saya telah menyediakan bahan-bahan pada hari sebelum aktiviti dijalankan.