Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

Tuesday, May 25, 2010

Rancangan Pelajaran Tahunan Prasekolah 2010.

Guru-guru prasekolah daerah Klang telah berbengkel selama 2 hari di SJK C Hin Hua Bukit Tinggi.Kami semua telah menyusun RPT mengikut KSPK 2010.RPT yang dihasilkan akan digunapakai di dalam p& p Prasekolah daerah Klang. Ju Utama banyak membantu guru-guru dalam menghasilkan RPT mengikut standard yang ditetapkan.Sebanyak 10 tema dan 40 subtema disusun dan perkemaskinikan oleh guru-guru.

Friday, May 21, 2010

SeLaMaT HaRi GuRu. 2010

Selamat Hari Guru..Murid-murid prasekolah menyampaikan Koir Terima Kasih, cikgu. pada hari guru yang telah diadakan pada 17hb Mei.2010. Saya baru berpeluang untuk memasukkan dalam blig ini....gambar2 tak blh diupload kerana ada masalah teknikal.....hi hi hi....saya cikgu yang masih belajar It. Anak-anak murid Pra menyanyi dibawah kelolaan partner saya yang begitu sporting iaitu Cikgu Fieza.

Sistem Prasekolah Kebangsaan

Semalam Jumaat 20.5.2010.Kami guru-guru prasekolah daerah Klang dipanggil untuk mesyuarat sistem data Prasekolah di SMK.Tinggi Hshamuddi n,Klang.Pengisian data berkaitan dengan institusi,staf,kelas dan murid prasekolah.kami perlu menyiapkan data2 tersebut pada hari ini juga. Saya,guru dan PPM bekerjasama dalam mengisi data-data yang diperlukan.

Thursday, May 6, 2010

Majlis sambutan Hari Lahir kali -1





Pada 30.4.2010 Majlis sambutan Hari Lahir kali -1 telah diadakan. Seramai 19 orang murid yang lahir dalam bulan Jan- April diraikan....Para ibu bapa berbesar hati menyumbangkan sedikit juadah dan makanan ringan untuk dihidangkan kepada murid-murid pra. Terima kasih, lain kali sumbang lagi...... Mereka sangat seronok dan gembira....Murid-murid yang lain tunggu ya....apabila tiba birthday nanti cikgu bagi hadiah juga jangan nangis ye...bye....