Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

Saturday, September 4, 2010

Lawatan Sambil Belajar.

Murid-murid prasekolah seramai 40 0rang dan 4 orang guru dan PPM telah membuat lawatan pada bulan 7 ke Kilang Coklat Beryl's dan Pusat Sains Negara. Murid-murid didedahkan dengan menimba pengalaman melihat proses bagaimana coklat dihasilkan. Selain itu, murid-murid prasekolah dapat melihat ekplotasi alam sains dan meneroka dunia angkasa dan aplikasi sains.Murid-murid berpeluang menaiki bas, dan seronok dapat menikmati makan tengah hari di Mac Donald.

Tuesday, May 25, 2010

Rancangan Pelajaran Tahunan Prasekolah 2010.

Guru-guru prasekolah daerah Klang telah berbengkel selama 2 hari di SJK C Hin Hua Bukit Tinggi.Kami semua telah menyusun RPT mengikut KSPK 2010.RPT yang dihasilkan akan digunapakai di dalam p& p Prasekolah daerah Klang. Ju Utama banyak membantu guru-guru dalam menghasilkan RPT mengikut standard yang ditetapkan.Sebanyak 10 tema dan 40 subtema disusun dan perkemaskinikan oleh guru-guru.

Friday, May 21, 2010

SeLaMaT HaRi GuRu. 2010

Selamat Hari Guru..Murid-murid prasekolah menyampaikan Koir Terima Kasih, cikgu. pada hari guru yang telah diadakan pada 17hb Mei.2010. Saya baru berpeluang untuk memasukkan dalam blig ini....gambar2 tak blh diupload kerana ada masalah teknikal.....hi hi hi....saya cikgu yang masih belajar It. Anak-anak murid Pra menyanyi dibawah kelolaan partner saya yang begitu sporting iaitu Cikgu Fieza.

Sistem Prasekolah Kebangsaan

Semalam Jumaat 20.5.2010.Kami guru-guru prasekolah daerah Klang dipanggil untuk mesyuarat sistem data Prasekolah di SMK.Tinggi Hshamuddi n,Klang.Pengisian data berkaitan dengan institusi,staf,kelas dan murid prasekolah.kami perlu menyiapkan data2 tersebut pada hari ini juga. Saya,guru dan PPM bekerjasama dalam mengisi data-data yang diperlukan.

Thursday, May 6, 2010

Majlis sambutan Hari Lahir kali -1





Pada 30.4.2010 Majlis sambutan Hari Lahir kali -1 telah diadakan. Seramai 19 orang murid yang lahir dalam bulan Jan- April diraikan....Para ibu bapa berbesar hati menyumbangkan sedikit juadah dan makanan ringan untuk dihidangkan kepada murid-murid pra. Terima kasih, lain kali sumbang lagi...... Mereka sangat seronok dan gembira....Murid-murid yang lain tunggu ya....apabila tiba birthday nanti cikgu bagi hadiah juga jangan nangis ye...bye....

Wednesday, April 28, 2010

Majlis Penyampaian Sijil Tamat Prasekolah.

Acara pakaian beragam telah disertai oleh murid-murid prasekolah dalam majlis anugerah kecemerlangan 2009.Murid pra sangat seronok dan gembira dapat menjayakan majlis ini. Pihak sekolah mengucapkan bebanyak terima kasih kepada sumbangan yang telah diberikan samada secara langsung atau tidak langsung.

Sunday, April 4, 2010

Kejohanan sukan Tahunan SK(P)Bukit Kuda Kali ke 28



Tanggal 12 Mac 2010 telah berlangsungnya Kejohanan Sukan Tahunan yang turut melibatkan anak-anak murid prasekolah. Di antara acara yang disertai ialah Lari 75m (Lelaki )5 &6 Tahun dan Lari 75m (Perempuan)5&6 tahun. Murid-murid juga terlibat dengan acara Perbarisan Lintas Hormat. Sukan ini telah diadakan di padang Sk Bukit Kuda,Klang.

KONVOKESYEN PRASEKOLAH


Pada tahun 2008 majlis Penyampaian hadiah dan sijil murid-murid prasekolah di adakan di Dewan SK(P)Bukit Kuda. Majlis telah disempurnakan oleh Guru Besar Sk(P)Bukit Kuda iaitu Pn. Hjh. Hamidah Bt. Mohamad Dali. Seramai 37 orang murid -murid prasekolah menerima sijil tamat Prasekolah.

Saturday, April 3, 2010

Tema sayur sayuran





Pada minggu ini, saya mengajar Tema Sayur-sayuran.Saya mahu anak-anak murid saya melakukan teknik capan menggunakan sayur-sayuran seperti bendi,ubi kentang,bawang dan peria.Nasib baik ibu bapa anak-anak murid saya memberi kerjasama yang baik dalam proses p&p.Anak-anak murid saya membawa pelbagai jenis sayur-sayuran yang boleh digunakan dalam Tunjang Kreativiti dan Estetika. Murid-murid saya sungguh seronok kerana dapat menimba pengalaman baru. Mereka begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam menyiapkan tugasan. Saya amat bernasib baik kerana PPM saya telah menyediakan bahan-bahan pada hari sebelum aktiviti dijalankan.